Anggun Fever
Vous souhaitez réagir à ce message ? Créez un compte en quelques clics ou connectez-vous pour continuer.


Forum de la divine déesse
 
AccueilPortailRechercherDernières imagesS'enregistrerConnexion
Le Deal du moment :
Funko POP! Jumbo One Piece Kaido Dragon Form : ...
Voir le deal

 

 Anggun malaysie promo

Aller en bas 
4 participants
AuteurMessage
qnoy
nouveau
nouveau



Nombre de messages : 29
Date d'inscription : 28/10/2008

Anggun malaysie promo Empty
MessageSujet: Anggun malaysie promo   Anggun malaysie promo EmptySam 25 Avr à 12:20

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0329&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm

Berubah secara total

Oleh SOFIATUL SHIMA WAN CHIK
sofiatul.chik@kosmo.com.my


Anggun malaysie promo Hi_01.1
"Putih betul anak itu, bukan?" tanya Anggun merujuk kepada si kecil yang didukung ayahnya. Si kecil itu tidak lain dan tidak bukan adalah buah hati pengarang jantungnya, Kirana Cipta Montana Sasmi.

Senyuman terukir dan diselang seli dengan ketawa kecil, petunjuk bahagia seorang ibu. Maka satu demi satu tutur kata yang diucapkan tanpa sedar akan terus merujuk kepada si kecil yang hadir dalam rombongan promosi album Elevation di Kuala Lumpur.

Jika ada yang menyangka Anggun berat mulut untuk bercerita tentang sesuatu yang di luar bidang kariernya, ia ternyata salah.

Anggun Cipta Sasmi, nama yang menjadi kebanggaan Asia amnya dan Indonesia khususnya berbicara umpama air yang mengalir perihal puteri sulungnya, tanpa dipinta.

Anggun malaysie promo Hi_01.2
Sesekali riak wajahnya berubah menjadi sedih bercerita tentang kejauhan yang dihadapi atas dasar tugas seorang penyanyi.

"Saya harus menjadi seorang Wonder Woman. Tidak boleh sedih, tidak boleh sakit dan tidak boleh mati. Hanya untuk Kirana," ujar penyanyi fenomena Indonesia ini. Dia mengakui bahawa proses evolusi berlaku dalam kehidupannya sejak bergelar ibu.

Wanita kelahiran Jogjakarta, Indonesia ini ada konflik tersendiri kini. Polemik antara tugasan dan keibuannya. Namun dia merancang sebaiknya untuk melaksanakan segalanya. Menetapkan bahawa tidak lebih 10 hari bekerja di luar negara, dia kecanduan anaknya jika melebihi tempoh masa itu.

"Saya kasihankan Kirana jika saya berjauhan lama-lama. Jika saya bawa dia bersama setiap kali ke luar negara, maka saya bersifat egois. Kalau dia di Paris, dia masih ada teman-teman, anak patung dan papanya.

Anggun malaysie promo Hi_01.3
"Saya tidak mahu dia kepenatan dan jika saya sahaja yang pergi, dia akan tentunya merindukan hanya saya," katanya yang berhijrah ke Perancis kerana mengikut suami, Cyril Montana.

Tidak jangka berubah

Dari awal kemunculannya di arena muzik, Anggun adalah diva yang membawa segala perubahan. Sentiasa menunjukkan citranya dengan menyelaraskan antara lagu, klip video dan daya tarikan seksualiti keanggunan seorang wanita.

Anggun malaysie promo Hi_01.4

Namun pada usia 34 tahun, dia diubah secara total. Perubahan itu nyata menaikkan lagi keanggunan jiwa wanitanya.

Anggun nyata seakan-akan tidak percaya dengan segala yang terjadi dalam hidupnya. Malah dia pernah merendahkan jangkaannya perihal keibuan satu ketika dahulu.

"Dulu saya lihat wanita mengusap-usap perut mereka. Kemudian memberi nasihat itu dan ini kepada kandungan. Saya tidak menjangkakan perasaan bahagia itu sebegini. Malah tidak terbayangkan.

"Sudah lama sebenarnya saya mahukan seorang cahaya mata dan segalanya terhasil dengan mendapat seorang bapa yang bagus untuk Kirana. Saya mencari lelaki yang sayangkan anak dan cintakan ibunya.

"Saya telah menemuinya, Cyril Montana, bapa Kirana," seraya menyatakan bahawa mencari bapa yang tepat adalah proses paling sukar. Menghasilkan anak tidak sesukar itu, tambahnya ketawa lucu.







Anggun malaysie promo Hi_01.5

Anggun yang sekali sekala memanggil Kirana dengan panggilan 'Cintaku' tatkala anak kecil itu menangis kecil memanggil sang ibu, masih memegang satu privasi yang dijaganya cukup untuk familinya iaitu tidak merelakan gambar mereka diambil oleh mana-mana jurugambar dan saya patuhi kata ibu ini.

Cepat bosan

Daripada lingkaran percakapan seorang ibu, Anggun kembali serius berbincang tentang album barunya yang menghadiahkan irama urban yang bermula dengan irama pop yang kemudiannya disusuli dengan rap, dance, balada dan hip hop.

"Anggun itu orangnya cepat bosan. Dia mahukan sesuatu yang baru. Ramai orang menjangkakan Anggun akan keluar dengan Snow On The Sahara kedua tetapi saya tidak mahu resipi yang sama berulang. Saya tidak mahu menciptakan magis yang kedua kalinya dengan cara yang sama," ujarnya.

"Maka lahirlah album ini - Elevation, sebuah album yang membuatkan saya berkolaborasi dengan orang yang berbeza. Adaptasi dunia mereka dan dunia saya yang kemudian dijadikan sebuah koktel," rujuk Anggun terhadap album yang menunjukkan kerjasamanya dengan nama-nama besar seperti Tefa & Masta (produser yang sinonim dengan muzik urban), Pras Michel iaitu salah seorang personaliti kumpulan The Fugees dan DJ Laurent Wolf.




Anggun malaysie promo Hi_01.6

Menganggap bahawa muzik itu adalah sesuatu yang suci, dia juga meletakkan tugasnya sebagai penyanyi, pencipta lagu dan lirik adalah laksana 'tuhan kecil' yang menciptakan sesuatu yang baru.

Dengan segala perasaan itu, dia menjadi artis Indonesia yang berjaya di luar kota sendiri. Dengan segala usaha yang jitu itu juga dia membawa namanya untuk megah dikenali di negara bangsa asing.

"Saya beruntung kerana keluar dari Indonesia sewaktu usia 20 tahun. Waktu itu sangat antusias untuk mencipta nama. Mencipta sukses itu adalah tahap yang penting tetapi nasihat saya jangan mengambil mudah terhadap semua perkara.

"Kerja kuat harus ada, malah harus 100 kali lebih kuat jika mahu berjaya di negara asing," serius dia berkata-kata.

Dia juga mengulas pertanyaan individu di luar sana yang mempersoalkan kenapa dia tidak mahu membawakan muzik tradisi Indonesia ke luar sana.

"Saya tidak mahu ikut trend atau melakukan perkara secara tidak natural. Bukan kuasa saya yang harus memasukkan unsur tersebut bagi kesedaran orang ramai. Jika saya mahu melakukannya adalah atas dasar kepuasan jiwa saya bermuzik."

"Tetapi walau saya tidak melakukan semua itu, saya masih berpegang tegas kepada ciri khas saya. Saya tidak pernah dan tidak mahu memerangkan rambut saya," ujarnya yang juga merupakan duta Pantene.
Revenir en haut Aller en bas
qnoy
nouveau
nouveau



Nombre de messages : 29
Date d'inscription : 28/10/2008

Anggun malaysie promo Empty
MessageSujet: Re: Anggun malaysie promo   Anggun malaysie promo EmptySam 25 Avr à 12:22

Anggun malaysie promo Aain_ang04

(AinMaisarah, Cik Abang Executive Director Metadome, Anggun)

Anggun malaysie promo Aain_ang02

(Anggun, Amy Search dan isteri

Anggun malaysie promo Aain_ang05
Revenir en haut Aller en bas
qnoy
nouveau
nouveau



Nombre de messages : 29
Date d'inscription : 28/10/2008

Anggun malaysie promo Empty
MessageSujet: Re: Anggun malaysie promo   Anggun malaysie promo EmptySam 25 Avr à 12:23

Anggun malaysie promo 315

hmhmm cantikkk Very Happy
Revenir en haut Aller en bas
GIPI
habitué(e)
habitué(e)
GIPI


Nombre de messages : 396
Age : 70
Localisation : Salon de Provence
Date d'inscription : 03/07/2006

Anggun malaysie promo Empty
MessageSujet: Re: Anggun malaysie promo   Anggun malaysie promo EmptySam 25 Avr à 15:23

Very Happy Very Happy Very Happy
Revenir en haut Aller en bas
http://www.myspace.com/gipi_
rudy
habitué(e)
habitué(e)
rudy


Nombre de messages : 374
Age : 65
Localisation : bruxelles
Date d'inscription : 11/04/2007

Anggun malaysie promo Empty
MessageSujet: Re: Anggun malaysie promo   Anggun malaysie promo EmptySam 25 Avr à 19:38

GIPI a écrit:
Very Happy Very Happy Very Happy

+1 !!
Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy
Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy
Revenir en haut Aller en bas
http://www.myspace.com/rudy2e
lovanggun
membre
membre
lovanggun


Nombre de messages : 194
Age : 45
Localisation : Lille
Date d'inscription : 16/01/2007

Anggun malaysie promo Empty
MessageSujet: Re: Anggun malaysie promo   Anggun malaysie promo EmptyLun 27 Avr à 18:12

merci beaucoup !

dommage qu'elle est logotée la dernière photo Crying or Very sad
Revenir en haut Aller en bas
http://lovanggun.skyblog.com
Contenu sponsorisé





Anggun malaysie promo Empty
MessageSujet: Re: Anggun malaysie promo   Anggun malaysie promo Empty

Revenir en haut Aller en bas
 
Anggun malaysie promo
Revenir en haut 
Page 1 sur 1
 Sujets similaires
-
» Anggun Indonesian Promo etc...
» Anggun et sa promo en Italie pour le Best-Of
» Des nouvelles de Anggun
» Anggun sur MySpace
» Anggun - My Youtube

Permission de ce forum:Vous ne pouvez pas répondre aux sujets dans ce forum
Anggun Fever :: .:actualités:. :: emplois du temps d'anggun-
Sauter vers: